Monday, November 29, 2010

CNI Lagu Korporat





Lirik

Kami dari keluarga bahagia
Tumbuh di seluruh negeri
Menjamin masa depan cerah
Menyonsong di hadapan
Dengan penuh rasa pasti
Melangkah dengan bangga
Rasa kebersamaan
Merupakan Janji Kita

*chorus
CNI....CNI........
Ku bangga bersama mu
Bak sinar bintang
Menunjukkan jalan yang terbaik
*chorus
CNI....CNI........
Kami dari keluarga bahagia
Kukuh, Besar, Handal
Sukses untuk kita semua
 *chorus
CNI....CNI........
Kami selalu bersatu
Sukses milik kita
Selamanya.....CNI
>> Baca Lagi ...

Thursday, November 25, 2010

Hadiah Produk CNI Kepada 3 Blogger Bertuah

MYCNI telah menaja hadiah Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak untuk Bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2010 di blog mia liana. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah banyak memberikan sokongan kepada blog isteri MYCNI ni. 

Mari kita lihat pemenang-pemenang bersama dengan hadiah masing-masing...











p/s: terima kasih kepada pemenang...ada bakat jadi model produk CNI ni... pandai posing dengan hadiah..
>> Baca Lagi ...

Tuesday, November 23, 2010

Keputusanku



Ketika mereka terus mengatakan tidak percaya,
mustahil, tidak mungkin,
Aku semakin yakin inilah pilihanku,
Inilah jalanku yang terbaik.

Tak satupun mereka sanggup hentikan langkah tegarku,
tetapi aku yakin dan aku percaya,
Inilah keputusan paling bijak,
yang pernah ku ambil selama hidupku.

Sukses adalah saksi yang terus dibicarakan,
percaya dan yakin akan masa depan bersamamu CNI,
adalah hidup mati yang ku pertaruhkan,
Itulah keputusanku

Melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan adalah amat penting dalam kehidupan ini. Biarpun perubahan itu hanya satu perubahan yang kecil, tetapi ia sebenarnya adalah langkah pertama kepada perubahan yang lebih besar dan hebat yang boleh kita lakukan dalam kehidupan ini.
Allah telah berfirman dalam surah An-Anfal ayat 53 yang bermaksud "(Balasan) yang demikian itu ialah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka@kaum mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
>> Baca Lagi ...

Saturday, November 20, 2010

Mangsa Banjir Di Perlis & Kedah Terima Bantuan Daripada CNI


Yayasan CNI hulur bantuan kecemasan berjumlah RM100,000 kepada mangsa bencana banjir

Alor Setar - 12 November 2010 Yayasan CNI, badan kebajikan yang ditubuhkan oleh CNI Holdings Berhad, telah mengambil tindakan segera menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan utama bencana di utara tanahair.

Lebih daripada 35,000 penduduk di Perlis dan Kedah telah dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir sementara ekoran keadaan yang semakin buruk sejak beberapa hari ini hingga beberapa jalan, perkhidmatan rel, sekolah dan pejabat terpaksa ditutup di kedua-dua negeri terbabit.

“Salah satu komitmen Yayasan CNI ialah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, maka kami dengan serta-merta telah mengatur perancangan dalaman untuk menghantar bantuan kemanusiaan ini kepada mangsa-mangsa banjir dalam waktu sepantas mungkin,” kata En Kelvin Koh, Pengarah Eksekutif CNI Holdings Berhad, sewaktu bercakap dengan wartawan dalam upacara penyampaian bantuan di Pusat Pengedaran CNI, Alor Setar hari ini.

Yayasan CNI menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan asas dan makanan bernilai RM100,000 secara langsung kepada mangsa banjir yang terdiri daripada kira-kira 800 keluarga di kawasan terbabit. Antara barangan yang disampaikan termasuk beras, susu soya, jus buah-buahan, sabun basuh, syampu, ubat gigi, sabun mandi dan produk penjagaan diri lain.

“Kami akan segera mengagih-agihkan semua bantuan ini kepada 800 keluarga terlibat dalam tempoh 24 jam, kerana ini adalah waktu kritikal untuk keluarga terlibat, terutamanya keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana mereka perlu makanan sihat,” tambah En Koh.

Ditubuhkan pada 1998, Yayasan CNI berkomited membantu setiap komuniti yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, fahaman, warna kulit mahupun agama atau negara. Yayaysan ini yang diketuai oleh Datin Angeline Koh sebagai Presiden, sangat berbesar hati kerana berpeluang membabitkan diri dalam pelbagai bentuk kerja kebajikan serta projek kemasyarakatan sejak 12 tahun yang lalu. Yayasan CNI tidak pernah luntur dalam usahanya untuk menyinari kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
>> Baca Lagi ...

Sunday, November 14, 2010

Demonstrasi CNI Motobest Minyak Enjin


Video rakaman semasa sesi demonstrasi produk CNI Motobest Minyak Enjin di CNI Kulai, Johor.
>> Baca Lagi ...

Friday, November 5, 2010