Saturday, November 20, 2010

Mangsa Banjir Di Perlis & Kedah Terima Bantuan Daripada CNI


Yayasan CNI hulur bantuan kecemasan berjumlah RM100,000 kepada mangsa bencana banjir

Alor Setar - 12 November 2010 Yayasan CNI, badan kebajikan yang ditubuhkan oleh CNI Holdings Berhad, telah mengambil tindakan segera menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan utama bencana di utara tanahair.

Lebih daripada 35,000 penduduk di Perlis dan Kedah telah dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir sementara ekoran keadaan yang semakin buruk sejak beberapa hari ini hingga beberapa jalan, perkhidmatan rel, sekolah dan pejabat terpaksa ditutup di kedua-dua negeri terbabit.

“Salah satu komitmen Yayasan CNI ialah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, maka kami dengan serta-merta telah mengatur perancangan dalaman untuk menghantar bantuan kemanusiaan ini kepada mangsa-mangsa banjir dalam waktu sepantas mungkin,” kata En Kelvin Koh, Pengarah Eksekutif CNI Holdings Berhad, sewaktu bercakap dengan wartawan dalam upacara penyampaian bantuan di Pusat Pengedaran CNI, Alor Setar hari ini.

Yayasan CNI menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan asas dan makanan bernilai RM100,000 secara langsung kepada mangsa banjir yang terdiri daripada kira-kira 800 keluarga di kawasan terbabit. Antara barangan yang disampaikan termasuk beras, susu soya, jus buah-buahan, sabun basuh, syampu, ubat gigi, sabun mandi dan produk penjagaan diri lain.

“Kami akan segera mengagih-agihkan semua bantuan ini kepada 800 keluarga terlibat dalam tempoh 24 jam, kerana ini adalah waktu kritikal untuk keluarga terlibat, terutamanya keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana mereka perlu makanan sihat,” tambah En Koh.

Ditubuhkan pada 1998, Yayasan CNI berkomited membantu setiap komuniti yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, fahaman, warna kulit mahupun agama atau negara. Yayaysan ini yang diketuai oleh Datin Angeline Koh sebagai Presiden, sangat berbesar hati kerana berpeluang membabitkan diri dalam pelbagai bentuk kerja kebajikan serta projek kemasyarakatan sejak 12 tahun yang lalu. Yayasan CNI tidak pernah luntur dalam usahanya untuk menyinari kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

7 comments:

Cempakamelati said... [Balas Komen]

Rahman Tanglong masih ad ya..syabas...

yyunie said... [Balas Komen]

Syukur , ada yg membantu ;)

The Sharkox said... [Balas Komen]

CNI terbaikkk......

untuk kehidupan yang lebih baik

ISMAIL MD SALLEH said... [Balas Komen]

Cikgu rahman tanglong setia selamanya dengan CNI. 17 tahun melahirkan downline 4 Orang Jutawan 30 Orang penikmat tabung kereta. CNI TEGUH, MANTAP DAN SELAMANYA. LUARBIASA.

Matika Love 131020 said... [Balas Komen]

ade nya bantuan sebegini...sekurang2 nya dapat mengurangkan beban mangsa2 banjir tersebut..

maverick said... [Balas Komen]

harap2 ni dapat membantu trafik

ISMAIL MD SALLEH said... [Balas Komen]

Terima kasih Maverick atas Entri yang cukup bernas dan bermakna.....http://mytalkthetalk.com/index.php/myblogging/blogging/161-entri-untuk-follower-ke-100